Kerjaya antarabangsa Raúl_Jiménez

Jiménez bersama Mexico.

Jiménez membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan menentang Denmark pada 30 Januari 2013, Mexico seri 1-1.[2]

Jiménez mengambil bahagian di Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil. Beliau membuat debut Piala Konfederasi ketika menentang Itali dengan menggantikan Jesus Zavala pada minit ke-86. Jiménez bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan Mexico di kejohanan itu.

Jimenez juga sebahagian daripada skuad Mexico yang beraksi di Piala Emas CONCACAF 2013. Jiménez bermain kesemua perlawnan peringkat kumpulan menentang Panama, Martinique dan Kanada. Beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan suku akhir menentang Trinidad dan Tobago di mana Mexico menang 1-0. Mexico di kedudukan tempat ketiga selepas tewas 1-2 di tangan Panama.

Pada 8 Mei 2014, Raul Jiménez dipilih oleh pengurus Miguel Herrera dalam senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau tidak bermain dalam perlawanan pembukaan menentang Cameroon. Jiménez membuat debut Piala Dunia pada 17 Jun 2013 menentang tuan rumah, Brazil. Beliau menggantikan Giovani dos Santos pada minit ke-84. Beliau juga cuba membuat beberapa percubaan tepat kepada penjaga gol Brazil, Júlio César namun dapat dibaca. Perlawanan itu berkesudahan seri 0-0.

Statistik

Sehingga 18 November 2014
Pasukan kebangsaan Mexico
TahunKmnclnGol
2013204
201472
Jumlah276

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 11 Julai 2013Seattle, Amerika Syarikat Kanada1–0 2–0 Piala Emas CONCACAF 2013
2 20 Julai 2013Atlanta, Amerika Syarikat Trinidad dan Tobago1–0 1-0 Piala Emas CONCACAF 2013
3 11 Oktober 2013Bandaraya Mexico, Mexico Panama2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
4 13 November 2013Bandaraya Mexico, Mexico New Zealand 2–1 5–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5 18 November 2014Barysaw, Belarus Belarus1–02–3Persahabatan
6 2–1